Kuasa Sebuah “Terima Kasih” yang Ikhlas/The Power of Saying Thank You

 


Oleh Dr Sajad Hussein Kamarally

Kita mengucapkannya begitu cepat sekarang, bukan?

“Terima kasih.”

Beep.

“Thanks.”

Swipe.

“Thank you.”

Kemudian kita terus berlalu.

Tetapi saya bercakap tentang “terima kasih” yang sebenar.

Yang membuat kita berhenti seketika.
Yang disertai pandangan mata.
Yang benar-benar datang dari hati.

Minggu lalu, saya melihat sesuatu yang sederhana tetapi sangat menyentuh hati di sebuah gerai nasi lemak.

Seorang pakcik terjatuh sambalnya.

Makcik di belakang kaunter tidak marah. Dia hanya tersenyum, mengelapnya dan menyediakan sambal yang baharu.

Pakcik itu memandangnya dan berkata perlahan-lahan:

“Terima kasih banyak, kak.”

Wajah makcik itu terus berseri.

Sepanjang pagi itu, saya perhatikan dia bekerja sambil bersenandung kecil.

Hanya dua perkataan.

Tetapi dua perkataan itu membuat seseorang berasa dihargai.

Saya sendiri merasainya pada suatu pagi yang hujan.

Saya menghantar cucu perempuan saya ke sekolah. Payung di tangan. Kasut basah. Jalan raya sesak.

Apabila saya menurunkannya di sekolah, dia berpaling, tersenyum lebar dan berkata:

“Thank you, Dada. From the heart.”

Itu sahaja.

Tetapi hari saya terus berubah.

Pada hari-hari apabila saya tidak berapa bermood, letih atau sedikit meragam, saya hanya pejamkan mata dan teringat senyuman itu.

Dan entah bagaimana, semangat saya kembali.

Itulah kuasa sebuah “terima kasih” yang ikhlas.

Ia tidak berharga satu sen pun.

Tetapi nilainya tidak ternilai.

Dahulu, kita mengucapkan terima kasih kepada konduktor bas. Kepada guru yang sanggup tinggal selepas waktu sekolah. Kepada jiran yang menjaga rumah kita ketika kita pulang ke kampung.

Kita benar-benar maksudkannya.

Hari ini, kita menerima mesej automatik:

“Terima kasih kerana membeli dengan kami.”

Kita mendapat seribu tanda suka.

Tetapi berapa banyak “terima kasih” yang benar-benar datang dari hati?

Sebuah “terima kasih” sebenarnya berkata kepada seseorang:

“Saya nampak usaha kamu. Apa yang kamu lakukan itu bermakna.”

Kepada pengawal keselamatan yang berdiri di bawah panas matahari.

Kepada pekerja pembersihan yang bekerja ketika kita semua sedang tidur.

Kepada isteri yang menyediakan bekal untuk kita.

Kepada anak yang membantu membaiki komputer kita yang tiba-tiba buat perangai.

Kita selalu berfikir bahawa hanya perkara besar mampu mengubah dunia.

Saya tidak begitu pasti.

Saya percaya mungkin 10 ucapan “terima kasih” yang ikhlas setiap hari sudah cukup untuk membuat dunia sedikit lebih baik.

Cubalah hari ini.

Ucapkan terima kasih kepada pekerja di stesen minyak.

Kepada jururawat.

Kepada orang yang membukakan pintu untuk kita.

Dan kali ini, jangan sekadar mengucapkannya.

Pandang mata mereka.
Senyum.
Dan maksudkan apa yang kita katakan.

Dunia mungkin tidak berubah dalam sehari.

Tetapi hari seseorang mungkin berubah.

Dan mungkin, hari kita sendiri juga akan berubah.

Kerana rasa syukur bukan sekadar soal adab dan sopan santun.

Ia adalah satu kuasa.

Kuasa untuk membuat seseorang berasa bahawa mereka dilihat, dihargai dan—yang paling penting—masih dianggap sebagai seorang manusia.



By Dr Sajad Hussein Kamarally

We say it so quickly these days, don’t we?

“Thanks.”

Beep.

“Thanks.”

Swipe.

“Thank you.”

And we walk away.

But I’m talking about the real “Thank You.”

The one that makes you stop for three seconds.

The one that comes with eye contact.

The one that genuinely comes from the heart.

I saw one last week at a nasi lemak stall.

A gentleman accidentally dropped his sambal.

The lady behind the counter didn’t scold him. She simply smiled, cleaned it up and prepared a fresh one for him.

He looked at her and said, slowly and clearly:

“Terima kasih banyak, kak.”

Her whole face lit up.

For the rest of the morning, I noticed she was humming as she worked.

Just two words.

But those two words made someone feel appreciated.

I felt that same warmth myself one rainy morning.

I was taking my granddaughter to school. Umbrella in hand. Wet shoes. Traffic everywhere.

When I dropped her off, she turned around, gave me a huge smile and said:

“Thank you, Dada. From the heart.”

That was it.

My whole day changed.

On days when I’m tired, off-colour or a little cranky, I simply close my eyes and remember that smile.

And somehow, I feel brighter again.

That is the power of a sincere thank you.

It costs nothing.

But its value is priceless.

There was a time when we said thank you to the bus conductor.

To the teacher who stayed behind after school.

To the neighbour who watched our house while we were away.

And we really meant it.

Today, we receive automatic messages saying:

“Thank you for your purchase.”

We collect a thousand likes.

But how many real thank yous do we give?

A thank you tells someone:

“I see you. What you did mattered.”

To the security guard standing under the hot sun.

To the cleaner working while the rest of us are asleep.

To your wife who packed your lunch.

To your son who fixes your cranky computer.

We often think that it takes big gestures to change the world.

I’m not so sure.

I think ten sincere thank yous a day might be enough to make the world a little better.

Try it today.

Thank the person at the petrol station.

Thank the nurse.

Thank the person who held the door open for you.

And this time, don’t just say it.

Look them in the eye.
Smile.
And mean it.

The world will not change overnight.

But someone’s day might.

And perhaps yours will too.

Because gratitude is not merely about good manners.

It is power.

The power to make someone feel seen, valued and—most importantly—human again.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Pertama Saya di Bilik Berita Bernama | My First Day in the Bernama Newsroom

Wira -wira yang tidak didendangkan; Apa yang saya pelajari tentang khidmat tana mengharapkan balasan di London/ The unsung heroes: What I learnt about selfless service inLondon/

Tunku Yang Saya Kenali/The Tunku I Knew