Tunku Yang Saya Kenali/The Tunku I Knew

 Tunku Yang Saya Kenali

Oleh Sajad Hussein Kamarally

Ketika saya menjadi wartawan pada tahun 1971,  Tunku Abdul Rahman tidak lagi memegang kuasa. Bagi ramai rakyat Malaysia, beliau kekal sebagai Bapa Kemerdekaan. Tetapi bagi saya, sebagai seorang wartawan muda yang baru bertatih dalam dunia kewartawanan, beliau adalah seorang insan yang mesra, mudah didekati dan sangat berperikemanusiaan, yang pesonanya tetap terserlah lama selepas meninggalkan dunia politik.

Kenangan saya mengenai Tunku sebenarnya bermula lebih awal — pada tahun 1956.

Ketika itu saya seorang budak kampung berusia sepuluh tahun yang tinggal di Banting, Selangor. Pada suatu petang yang cerah, ketika saya sedang bermain bersama rakan-rakan, sebuah kereta besar Mercedes-Benz berhenti tidak jauh dari tempat kami bermain. Orang-orang tua di kampung segera berlari ke arah kereta tersebut dan kami pun turut sama mendekati kerana ingin tahu.

Di dalam kereta itu saya ternampak seorang lelaki segak memakai songkok Melayu dengan paip rokok di mulutnya. Beliau tersenyum mesra sambil orang ramai berebut-rebut berjabat tangan dan mencium tangannya melalui tingkap kereta yang terbuka.

Hanya kemudian saya mengetahui bahawa lelaki itu ialah Tunku Abdul Rahman.

Selepas beliau beredar, orang-orang tua di kampung mula bercakap tentang “Merdeka” dan bagaimana Tunku bakal menjadi Perdana Menteri pertama negara. Pada usia semuda itu, saya tidak benar-benar memahami apa yang berlaku. Namun peristiwa itu kekal sebagai gambaran kabur dalam ingatan saya.

Apabila meningkat dewasa, guru-guru saya sering menasihatkan agar membaca akhbar untuk memperbaiki bahasa Inggeris. Ayah saya kemudian melanggan The Straits Times, akhbar bahasa Inggeris paling berpengaruh ketika itu.

Melalui akhbar itulah saya mula mengikuti perkembangan Tunku dan perjalanan politik negara.

Menjelang tahun 1963, akhbar dipenuhi berita mengenai pembentukan Malaysia — Suruhanjaya Cobbold, referendum Singapura, serta penyertaan Sabah dan Sarawak. Akhirnya pada 16 September 1963 lahirlah Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Dua tahun kemudian, Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. Saya masih mengingati tajuk-tajuk berita dan perbahasan hangat ketika itu. Pada masa itu saya sudah berusia 18 tahun dan mula memahami politik negara dengan lebih matang.

Pada tahun 1971, saya meninggalkan kampung halaman untuk memulakan kerjaya sebagai wartawan di Kuala Lumpur. Negara ketika itu masih dibayangi kesan rusuhan kaum 1969 yang telah mengubah haluan Malaysia.

Tunku telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan  Tun Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negara.

Tunku kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung di Jeddah — suatu penghormatan yang dianggap penutup bermaruah kepada kerjaya politik beliau.

Pertemuan pertama saya secara berdepan dengan Tunku berlaku di Pulau Pinang ketika saya bertugas di sana sebagai wartawan muda. Beliau baru pulang selepas menamatkan tempoh tugasnya di Jeddah.

Apa yang paling mengejutkan saya ialah sifat rendah dirinya.

Walaupun pernah memimpin negara mencapai kemerdekaan, beliau melayan wartawan muda seperti saya dengan penuh sopan santun. Beliau bercakap dengan suara lembut dan tenang serta mengatakan bahawa beliau kini hanya mahu berehat.

Tunku menetap di sebuah banglo besar di Pulau Pinang. Dari semasa ke semasa saya sering terserempak dengannya dan kami saling bertukar sapaan. Walaupun pertemuan itu singkat, saya belajar banyak perkara hanya dengan memerhati keperibadiannya.

Saya mendapati beliau seorang yang sangat jujur dan tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa, termasuk mereka yang pernah meminggirkannya selepas bersara daripada politik. Beliau tetap seorang yang ceria, lucu dan mudah mesra.

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah pada tahun 1974 apabila beliau diterima secara rasmi sebagai peguam di Malaysian Bar. Saya hadir membuat liputan majlis tersebut.

Permohonan beliau dikemukakan oleh peguam terkenal Pulau Pinang Tan Sri Eusofee Abdoolcader, yang kemudiannya menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agung.

Majlis itu sederhana tetapi amat bermakna kerana banyak latar belakang Tunku didedahkan. Saya mengetahui bahawa beliau sebenarnya telah dipanggil ke English Bar seawal tahun 1949, tetapi memilih untuk pulang ke Malaya dan terus melibatkan diri dalam politik demi perjuangan kemerdekaan.

Saya juga pernah bergambar bersama beliau memakai jubah peguam, namun malangnya gambar itu telah hilang ditelan masa.

Empat tahun kemudian, saya sekali lagi menyaksikan sisi peribadi Tunku apabila pemimpin dunia Dawoodi Bohra, Dr. Syedna Mohamad Burhanuddin Saheb,, melawat Pulau Pinang dan mengadakan kunjungan hormat kepadanya.

Ketika perbincangan sedang berlangsung, Tunku tiba-tiba bangun dan meninggalkan bilik. Apabila saya bertanya sebabnya, beliau berkata beliau mahu merokok tetapi merasakan tidak sopan melakukannya di hadapan seorang tokoh agama yang dihormati.

Perkara kecil itu cukup menggambarkan kehalusan budi dan rasa hormat beliau terhadap orang lain.

Sebelum berpisah, Syedna menghadiahkan sesuatu kepada Tunku. Tunku pula tidak mempunyai hadiah balasan. Beliau kemudian mengambil sebatang tongkat daripada beberapa tongkat yang ada berhampiran lalu menghadiahkannya kepada Syedna, yang menerimanya dengan penuh hormat.

Namun selepas itu, Tunku menghantar semula tongkat tersebut setelah ia digilap dan diperbaiki dengan baik. Saya kemudian mendapat tahu bahawa Syedna menggunakan tongkat itu ketika bercuti.

Pertemuan penting saya yang seterusnya dengan Tunku berlaku pada tahun 1984 apabila saya menemu bual beliau untuk majalah ulang tahun ke-25 Insitut Jurutera Malaysia.

Dalam wawancara hampir sejam di kediamannya di Kuala Lumpur, beliau bercakap panjang mengenai sumbangan jurutera Malaysia dalam membangunkan negara muda ini. Beliau memuji peranan mereka membina Lapangan Terbang Subang, Stadium Merdeka, jalan raya, lebuh raya, jambatan dan pelbagai prasarana penting negara.

Apa yang paling saya kagumi ialah beliau sangat murah hati dalam memuji orang lain. Pujian beliau ikhlas dan tidak dibuat-buat. Tidak ada sifat dengki atau kebencian dalam dirinya.

Walaupun ada pihak yang cuba memperkecilkan peranannya dalam perjuangan kemerdekaan selepas beliau bersara, Tunku tidak pernah menunjukkan rasa marah atau dendam.

Itulah Tunku yang saya kenali — seorang insan yang jujur, berjiwa besar, berperikemanusiaan, lucu dan penuh sifat pemaaf.

 


The Tunku I Knew

By Sajad Hussein Kamarally

By the time I became a reporter in 1971, Tunku Abdul Rahman  was no longer in power. To many Malaysians, he remained the Father of Independence. But to me, as a young reporter finding my footing in journalism, he was also a warm, approachable, and deeply human personality whose charm remained intact long after politics had left him.

My memories of the Tunku, however, go much further back — to 1956.

It was a beautiful sunny day in Banting, a small town in Selangor where I grew up. I was then a carefree ten-year-old boy playing with my friends when suddenly a large Mercedes-Benz stopped a few metres away from us. Almost immediately, many of the elders in the town rushed towards the car. Curious, we too ran closer.

What I saw remained etched in my mind for years.

Inside the car sat a dignified-looking man wearing a Malay songkok with a pipe in his mouth. He smiled warmly as people eagerly shook his hand and some even kissed it through the open car window.

Only later did I learn that the man was Tunku Abdul Rahman.

After the car left, the elders in the town began talking excitedly about “Merdeka” and how the Tunku would soon become the first Prime Minister of an independent Malaya. At that young age, very little of it registered in my mind. Over time, the incident faded into a hazy childhood memory.

As I grew older, my teachers advised me to read newspapers if I wanted to improve my English. My father then subscribed to The Straits Times, the leading English-language newspaper of that era.

Through those newspapers, I began following the Tunku and the political developments shaping the nation.

By 1963, newspapers were filled with stories about the formation of Malaysia — the Cobbold Commission, the Singapore referendum, and the inclusion of Sabah and Sarawak. Finally, on 16 September 1963, Malaysia was born, comprising Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore.

Two years later, Singapore separated from Malaysia on 9 August 1965. I still remember the newspaper headlines and debates surrounding the separation. By then I was already eighteen and beginning to understand politics more clearly.

In 1971, I left my rural hometown for Kuala Lumpur to begin my career as a reporter. The country was still recovering from the racial riots of 1969 that had changed Malaysia forever.

The Tunku had resigned as Prime Minister and  Tun  Razak had taken over.

The Tunku later became Secretary-General of the  Organisation of Islamic Countries (OIC) based in Jeddah— an honourable conclusion to his political career.

I first met him face-to-face in Penang where I was posted as a young reporter. He had just returned after completing his term in Jeddah.

What struck me immediately was his humility.

Despite having once led the nation to independence, he spoke kindly and politely to a young reporter like me. He spoke softly and calmly and mentioned that he now wanted rest.

The Tunku retired to a large bungalow in Penang. Over time, I occasionally bumped into him and we exchanged pleasantries. Those brief encounters became invaluable lessons for me.

I found him remarkably honest and free from bitterness, even towards those who had sidelined him politically after retirement. He remained jovial, witty and approachable.

Another unforgettable moment came in 1974 when he was formally admitted to the Malaysian Bar. I was there to cover the event.

The application was moved by Penang’s distinguished lawyer,, Tan Sri Eusofee Abdoolcder, who later became a High Court and Supreme Court judge.

The ceremony was simple but deeply meaningful because it revealed much about the Tunku’s background. I learned that he had actually been called to the English Bar in 1949 but chose to return to Malaya and devote himself fully to politics and the independence struggle.

I even took a photograph with him in his lawyer’s robe, but sadly the picture has since been misplaced.

Four years later, I witnessed another touching side of the Tunku when the Dawoodi Bohra Spiritual leader,, Dr Syedna  Mohamad Burhanuddin Saheb visited Penang and paid a courtesy call on him.

During the meeting, the Tunku suddenly got up and quietly left the room. When I later asked him why, he replied that he wanted to smoke but felt it would be disrespectful to do so in front of a revered religious leader.

That small gesture revealed his deep sensitivity and understanding.

Before departing, the Syedna presented the Tunku with a gift. Having nothing prepared in return, the Tunku picked up a walking stick nearby and presented it to the Syedna, who graciously accepted it.

Later, however, the Tunku had the walking stick polished and restored before sending it back properly. I later learned that the Syedna even used the cane during his vacations.

My next important encounter with the Tunku came in 1984 when I interviewed him for the 25th anniversary souvenir magazine of the Institute of Engineers Malaysia (IEM)

During the hour-long interview at his Kuala Lumpur residence, he spoke passionately about the contributions of Malaysian engineers in building the young nation. He praised their role in constructing Subang Airport, Stadium Merdeka, roads, highways, bridges and other important infrastructure.

What impressed me most was his generosity in praising others. His compliments were sincere and heartfelt. There was no malice in him.

Even when attempts were made to downplay his role in independence after retirement, he never publicly complained or expressed bitterness.

That was the Tunku I knew — honest, humane, gracious, witty and remarkably free from bitterness.

 

Comments

Popular posts from this blog

Hari Pertama Saya di Bilik Berita Bernama | My First Day in the Bernama Newsroom

Tiga Sapaan, Tiga Perdana Menteri: Kenangan Seorang Wartawan/Three Greetings, Three Prime Ministers: A Reporter's Recollections